Mimpi Nabi: Abdul Hadi bukan bawa ‘benda-benda’ baharu - Mohd Amar
Iklan
Dari kiri: Mohd Amar, Abdul Hadi
KOTA BHARU - Mimpi Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa bertemu Rasulullah SAW bukan membawa ‘benda-benda’ yang baharu.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata demikian dan mempertahankan Abdul Hadi sebagai berniat untuk berkongsi pengalaman sahaja berkait mimpi itu dan bukannya riak.
Iklan
Iklan
"Tak sepatutnya dipolitikkan dan sudah ada banyak jawapan berkait perkara ini.
"Tok Guru Haji Hadi hanya menceritakan pengalaman beliau dan bukanlah untuk membanggakan diri ataupun membawa benda-benda yang baharu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Hududullah kali ke-19 Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1446H / 2024M di Panji pada Selasa.
Iklan
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan itu mengulas berhubung penjelasan diberikan ramai pihak termasuk Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), Datuk Nooh Gadut dan Bekas Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sudah memadai untuk isu tersebut dihentikan daripada menjadi bahan pertelingkahan atau politik.
"Mengikut hukum mimpi bertemu Rasulullah SAW boleh berlaku kepada sesiapa sahaja malah disebut dalam kitab-kitab besar.
Iklan
"Cuma bergantung atas individu, sama ada hendak melihatnya dari sudut positif atau negatif,” ujarnya.
Sebelum ini, tular pemimpin politik Pas itu mendakwa bermimpi bertemu Rasulullah di kawasan Parlimennya di Pantai Timur.
Nooh kemudian menjelaskan hanya mimpi para nabi dan rasul dianggap mimpi yang benar dan boleh dijadikan sumber hukum serta hujah syarak.
Sementara itu, Dr Zulkifli berkata, isu mimpi bertemu Rasulullah perlu ditanggapi dengan adil, insaf dan berlandaskan prinsip selain dimanfaatkan oleh umat Islam sebagai peluang untuk menambah ilmu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>