KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah bengkel di sini kerugian selepas tiga kereta milik pelanggannya terbakar dalam kejadian di Jalan Jalil Perkasa 15 Taman Esplanade di sini malam tadi.
Komander Operasi Kanan Penolong Kanan Penguasa Bomba Jalailudin Abdul Mubin berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 11.11 malam.