Pelajar dibelasah: Polis tunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya
Iklan
Surina ketika merasmikan Ekosistem Kondusif Sektor Awam - Do It Yourself (EKSA-DIY) di Ibu Pejabat Polis Kangar hari ini.
KANGAR - Polis masih menunggu keputusan dan arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kejadian tiga pelajar Tingkatan 2 yang dibelasah lima pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah berasrama penuh, Rabu lepas.
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, tindakan untuk mendakwa atau tidak, bergantung kepada arahan berkenaan.
Iklan
Iklan
"Polis sudah mengambil banyak keterangan daripada mereka yang terbabit dalam kejadian itu, termasuk pengetua dan pegawai perhubungan awam sekolah berkenaan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Ekosistem Kondusif Sektor Awam - Do It Yourself (EKSA-DIY) di Ibu Pejabat Polis Kangar hari ini.
Menurut Surina, masalah berkenaan akan diselesaikan dengan cara terbaik bagi memastikannya tidak berulang.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiga pelajar lebam dibelasah senior
Iklan
Kelmarin, Sinar Harian melaporkan tiga pelajar terbabit lebam di badan selepas dibelasah pelajar senior di sebuah sekolah berasrama penuh di sini pada 5 Februari lalu.
Insiden berkenaan berlaku di tempat makan sekolah terbabit pada 11 malam Rabu lalu, dipercayai selepas ketiga-tiga mangsa dikatakan tidak menghormati pelajar senior terbabit.
Iklan
Bagaimanapun, dua daripada lima suspek dibebaskan dengan jaminan polis sejurus ditahan pada hari yang sama, manakala tiga lagi suspek sedang bercuti selepas mendapat kebenaran pihak sekolah.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>