U Mobile siapkan 78 daripada 81 projek menara Jendela
Iklan
Fahmi Fadzil. Foto Bernama
KUCHING - Syarikat telekomunikasi U Mobile berjaya menyiapkan 78 daripada 81 menara yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dalam projek Jalinan Digital Negara (Jendela), kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, pencapaian syarikat itu jauh lebih baik berbanding beberapa syarikat telekomunikasi lain yang terlibat dalam projek sama, yang mengambil masa lebih lama untuk mengoperasikan menara mereka.
Iklan
Iklan
"Ada sesetengah tempat kita dapati menara dah siap tujuh, lapan bulan, sembilan bulan, masih belum (beroperasi). Jadi saya dah minta pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) meneliti dan mengeluarkan arahan kepada syarikat telco jangan lengah masa, segera siapkan,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas melawat projek menara Jendela di Kampung Sungai Aur di sini, hari ini, beliau berkata, bagi projek SMART 600 yang dilaksanakan kerajaan Sarawak, sebanyak 325 menara telah siap dan beroperasi.
Iklan
"Harapan saya dengan dana sebanyak RM42 juta yang disediakan oleh pihak MCMC bagi pengoperasian menara-menara (SMART 600) ini, lebih banyak menara akan siap dan rakyat akan dapat manfaat,” katanya.
Sementara itu, Fahmi berkata, satu projek rintis telekomunikasi menggunakan teknologi Low Earth Orbit Satellite (LEO Satellite) bakal dilaksanakan menjelang pertengahan tahun depan.
Iklan
Beliau berkata, projek rintis itu bertujuan memanfaatkan teknologi berkenaan, yang membolehkan perkhidmatan telekomunikasi disalurkan terus ke peranti tanpa perlu melalui menara telekomunikasi.
"Ini bermaksud bagi syarikat telco yang terlibat ataupun yang menempah perkhidmatan direct to device ini, kemungkinan di mana saja kita berada, sekiranya langit terbuka cerah seperti ini, bukan dalam hutan, maka ada basic line yang boleh kita manfaatkan terutama untuk keadaan-keadaan kecemasan,” tambahnya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>