AI tidak boleh ganti peranan ulama
Iklan
Meskipun AI mampu membantu orang ramai seperti mencari maksud dalam al-Quran, tetapi ia tidak boleh menggantikan peranan ulama atau memahami konteks ajaran Islam secara menyeluruh. Gambar hiasan (Gambar kecil: Zulkifli)
PUTRAJAYA - Teknologi pintar seperti kecerdasan buatan (AI) boleh digunakan sebagai alat sokongan dalam hal berkaitan dengan agama, bagaimanapun bukan sebagai sumber hukum utama.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad berkata, hanya pakar agama dapat memastikan keabsahan dan kesesuaian jawapan berdasarkan ilmu serta metodologi yang sahih.