Kejadian tembak: Polis tahan 2 lelaki termasuk warga asing, buru dua lagi suspek
Iklan
Polis berkas seorang lelaki yang disyaki memecah masuk sebuah premis dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas aduan dibuat.
SIBU - Polis menahan dua lelaki dan sedang memburu dua lagi yang disyaki terbabit dalam kejadian bunuh seorang lelaki di kawasan parkir kereta sebuah hotel terkemuka di Bintulu lewat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, dua suspek berkenaan, seorang warga tempatan dan warga asing berusia dalam lingkungan 40-an, ditahan di sekitar Miri kira-kira jam 3 pagi tadi.
Iklan
Iklan
Dalam kejadian tembak di tempat parkir tingkat empat sebuah hotel terkemuka di Bintulu lewat malam tadi, beliau berkata, seorang lelaki tempatan ditemukan dalam keadaan berlumuran darah disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans sebaik tiba di tempat kejadian.
"Bertindak atas maklumat pihak polis berjaya menahan dua orang suspek lelaki berkenaan dan merampas sebuah kenderaan dipercayai digunakan mereka dalam kes ini.
Iklan
"Permohonan tahanan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Bintulu dan siasatan dijalankan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Nixon meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang masih dalam siasatan, dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil atau hubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu dengan menelefon 086-318304 bagi membantu siasatan. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>