Penerbangan pertama KXP Januari 2024
Iklan
Mukhriz (tiga dari kanan) menyaksikan upacara menandatangani perjanjian antara KXP Holdings dan Aeroport de Paris Ingenierie (ADPI) di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah menyasarkan penerbangan pertama Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dijangka dapat dilakukan pada Januari 2024.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pengambilan tanah bagi pembangunan tersebut yang berkeluasan 3,982 hektar (9,841 ekar) berjaya dimuktamadkan malah pemilik tanah terbabit juga sudah dikenal pasti.
Iklan
Iklan
Menurutnya, proses bagi kerja pecah tanah pula dijangka akan bermula pada November depan.
"Kita dah masukkan (tanah) bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960, yang mana kita sudah sekat sebarang bentuk transaksi dalam kawasan terbabit.
Iklan
"Sempadannya juga sudah dikenal pasti dan kita juga sudah mengenal pasti siapa tuan punya bidang tanah.
"Pada tarikh tertentu, kita akan mula rundingan dengan pemilik tanah berkenaan, biasanya akan dimulakan menerusi penilaian yang sudah dibuat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH),” katanya pada sidang media selepas menyaksikan upacara menandatangani perjanjian antara KXP Holdings dan Aeroport de Paris Ingenierie (ADPI) di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Iklan
Mukhriz berkata, ADPI dipilih oleh pihaknya sebagai konsultan pelan induk Kedah Aerotropolis selepas syarikat itu berjaya melepasi saringan yang dibuat terhadap 28 syarikat sejak empat bulan lalu.
Dalam pada itu, menurutnya, bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang, kerajaan negeri akan menguruskan hal membabitkan pengambilan tanah bagi tujuan pembangunan KXP.
"Jadi, biarlah kerajaan negeri yang buat (pengambilan tanah) menerusi KXP AirportCity. Kita juga mendapat sokongan daripada Kerajaan Persekutuan yang menyediakan sejumlah wang yang cukup untuk tujuan pengambilan tanah.
"Perkara ini sangat meringankan beban kita dan apabila (pelaburan) pihak swasta masuk, barulah bayaran balik akan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan atas pendahuluan tanah terbabit,” katanya.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.