Isu FashionValet: Proses rakam percakapan Vivy, suami masih berjalan - SPRM
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa.
PUTRAJAYA - Selepas tiga jam, proses rakaman percakapan pengasas platform e-dagang FashionValet, Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar masih berlangsung di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi pada Selasa.
Iklan
Iklan
"Masih (rakaman keterangan)," katanya ringkas.
Ujar beliau, siastan SPRM berdasarkan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Iklan
Terdahulu, Vivy dan Fadzaruddin tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya jam 2.30 petang.
Isnin minggu lalu, Kementerian Kewangan (MoF) menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan, Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform FashionValet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.
Iklan
Justeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Khazanah telah mengarahkan Khazanah untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan tersebut.
Empat premis termasuk MoF, Khazanah dan PNB diserbu SPRM secara serentak pada Isnin.
Satu lagi lokasi yang diserbu SPRM adalah di ibu pejabat FashionValet yang terletak di Bangsar.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>