YKN gerak inisiatif Bilik Kasih Wanita - Nancy
Iklan
Nancy merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Malaysia menyantuni penghuni Anjung Kasih pada Majlis Serahan Tajaan Rakan Strategik Yayasan Kebajikan Negara Malaysia bagi Anjung Kasih dan Bilik Kasih Wanita di Hospital Umum Sarawak, pada Sabtu. Foto Bernama
KUCHING - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bakal menubuhkan Bilik Kasih Wanita di Hospital Umum Sarawak sebagai ruang rehat khas untuk jururawat wanita hospital itu.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, projek yang mendapat kerjasama syarikat swasta itu pertama kali diwujudkan di negara ini serta bertujuan memberi keselesaan kepada jururawat khususnya ibu yang sedang mengandung atau perlu mengepam susu.
Iklan
Iklan
"Bilik Kasih Wanita ini diharap dapat menggalakkan petugas hospital untuk mengutamakan kesihatan serta memberikan manfaat positif dalam membantu memelihara kesejahteraan mental mereka ketika menjalankan tugas hakiki dan menjalani kehidupan seharian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serahan Tajaan Rakan Strategik YKN bagi Anjung Kasih dan Bilik Kasih Wanita di Hospital Umum Sarawak di sini pada Sabtu.
Iklan
Nancy berkata, inisiatif itu diwujudkan mengambil kira khidmat petugas hospital yang sentiasa sibuk dengan jumlah penerimaan pesakit yang tinggi setiap hari.
Dalam sidang media selepas majlis itu, beliau berkata, pengwujudan Bilik Kasih Wanita di hospital berkenaan akan melibatkan di tiga wad bagi fasa pertama.
Iklan
"Kita mulakan dengan tiga dahulu dan sekiranya ada lagi keperluan dan mendapat lagi tajaan daripada pihak luar, kita akan tambah lagi secara berfasa... memandangkan ini yang pertama kita akan lihat impak Bilik Kasih Wanita ini mempengaruhi (kesejahteraan mental) jururawat.
"Untuk pembinaan bilik ini di hospital negeri lain, kalau ada tajaan oleh pihak swasta, kita akan perluas kerana terdapat keperluan buat mereka,” katanya sambil menambah projek Bilik Kasih Wanita telah menerima tajaan sejumlah RM76,300 daripada Perinsuran Brokar Sdn Bhd.
Selain itu, Yayasan AmanahRaya dan Alliance Islamic Bank Berhad turut memberi tajaan bagi projek Anjung Kasih YKN Hospital Umum Sarawak masing-masing berjumlah RM250,000 dan RM52,500.
Setakat Ogos lepas, Anjung Kasih atau tempat penginapan sementara yang beroperasi sejak 2014 telah memanfaatkan 18,022 individu. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.