Buah kerosin unik tapi mudah terbakar
Iklan
Buah kerosin atau nama saintifiknya sebagai Pittosporum Resiniferum dan ia tular di media sosial baru-baru ini selepas ditemui di sekitar Taman Kinabalu, Kundasang, Ranau.
KOTA KINABALU - Dikenali sebagai pokok kerosin, sama seperti namanya apabila mampu mengeluarkan api seolah-olah terdapat minyak tanah apabila buahnya dibakar.
Ini menjadikan tumbuhan yang hanya ditemui di Sabah itu dilihat begitu unik.
Iklan
Iklan
Turut dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Pittosporum Resiniferum dan ia tular di media sosial baru-baru ini selepas ditemui di sekitar Taman Kinabalu, Kundasang, Ranau.
Tular video berdurasi dua minit enam saat memaparkan seorang lelaki menyalakan api pada buah kerosin yang ditemuinya di Taman Kinabalu.
Menurut jurucakap Taman-Taman Sabah (TTS), terdapat lima spesies tumbuhan itu ditemui di negeri ini.
Iklan
"Di Sabah terdapat lima spesies termasuk pokok kerosin ini yang tular di media sosial. Ia tumbuh di kawasan pergunungan dan mudah ditemui di Kompleks Taman Kinabalu iaitu pada ketinggian 1,500 meter dari aras laut.
"Namun, pokok ini juga boleh ditemui di kawasan tanah rendah. Tetapi setakat ini, spesies ini hanya ditemui di Sabah, negara Asia Tenggara lain seperti Filipina di kawasan pergunungan dan juga Australia," katanya kepada Sinar Harian, pada Sabtu.
Iklan
Katanya lagi, pokok kerosin memang dikenali sebagai spesies yang ada di kawasan pergunungan sejak Gunung Kinabalu dibuka kepada orang awam pada tahun 1982.
"Bagaimanapun, setakat ini tidak ada cadangan untuk tumbuhan ini diwartakan," katanya.
Bagaimanapun, menurutnya buah tersebut tidak boleh dimakan.
"Berdasarkan nama saintifik, buah kerosin mengeluarkan resin yang mempunyai sifat membakar dan resin boleh menyebabkan keradangan jika terkena pada kulit," katanya.
Sebelum itu, tular video berdurasi dua minit enam saat memaparkan seorang lelaki menyalakan api pada buah kerosin yang ditemuinya di Taman Kinabalu.
Lelaki tersebut menasihatkan jika terjumpa buah tersebut supaya mengambil langkah berhati-hati kerana ia mudah terbakar.
Menurutnya, keunikan pada buah atau tumbuhan yang jarang ditemui itu mungkin perlu diberi perhatian supaya kerajaan melakukan kajian jika ia boleh dijadikan sebagai bahan api.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>