Malaysia raikan pelantikan bersejarah kepimpinan dalam pencegahan rasuah
Iklan
Laporan Sinar Harian.
KUALA LUMPUR - Pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Presiden Assembly of Parties (AoP) Akademi Antirasuah Antarabangsa (IACA) merupakan peluang kepada Malaysia untuk menyumbang secara besar-besaran kepada penggubalan dasar antirasuah di peringkat serantau dan antarabangsa.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pelantikan berprestij itu, yang pertama buat negara, dilihat sebagai bukti pengaruh dan komitmen Malaysia semakin meningkat dalam memerangi rasuah.
Iklan
Iklan
"Saya yakin di bawah kepimpinan Azalina, kedudukan Malaysia dalam memajukan inisiatif antirasuah global akan meningkat dengan ketara.
"Pelantikan beliau mencerminkan kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap komitmen Malaysia yang tidak berbelah bahagi dalam memerangi rasuah,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Iklan
Pada Rabu lepas, Azalina dilantik sebagai Presiden Sesi Ke-13 AoP IACA pada Perhimpunan AoP di Vienna, Austria.
Azalina akan memimpin Biro AoP serta keanggotaan IACA terdiri daripada 77 negara dan empat pertubuhan antarabangsa dalam pembentukan dasar dan strategi IACA untuk memperkukuh peranan akademi berkenaan dalam bidang pendidikan dan latihan antirasuah profesional.
Iklan
Sejak sesi pertama AoP IACA yang berlangsung pada 2012, Malaysia hanya pernah dipilih sebagai naib presiden dalam empat sesi mesyuarat iaitu pada sesi 2014, 2015, 2019 dan 2023.
Dalam kenyataan itu, Azam turut mengumumkan pelantikan semula beliau sebagai anggota Board of Governors (BoG) IACA bagi sesi 2024-2027.
Beliau berkata, peranannya dalam BoG akan memberikan kelebihan kepada Malaysia dalam menetapkan hala tuju IACA dan memastikan agenda pencegahan rasuah yang lebih berkesan dapat dicapai.
"Pelantikan semula ini adalah bukti pengiktirafan kepakaran dan dedikasi Malaysia terhadap usaha pencegahan rasuah,” katanya.
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Penguatkuasaan, Kepimpinan dan Pengurusan (ELMU), Prof Datuk Dr Kassim Noor Mohamed dalam kenyataan sama menyifatkan pelantikan Azalina sebagai satu pencapaian penting buat negara.
Kassim berkata, pengiktirafan global ini sudah lama dinantikan dan melambangkan satu langkah positif bagi Malaysia di pentas antarabangsa.
Beliau berkata, pelantikan Azalina dan Azam adalah penting untuk mempercepatkan usaha pencegahan rasuah di Malaysia.
"Kita seharusnya berbangga dengan pelantikan ini kerana ia mengakui dan mengiktiraf keseriusan kerajaan dalam memerangi rasuah.
"Namun perjuangan memerangi rasuah mempunyai perjalanan sangat panjang, masih banyak perlu dilakukan tanpa rasa takut atau pilih kasih,” katanya, sambil menekankan perlunya tindakan berterusan daripada kerajaan dan komitmen yang teguh daripada SPRM.
Menurut kenyataan itu, peranan kepimpinan dijangka meningkatkan pengaruh Malaysia dalam perbincangan antirasuah global dan mengukuhkan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai pusat latihan utama di rantau Asia Pasifik.
Melalui perkembangan ini, kedua-dua pegawai dan penyokong antirasuah berharap untuk satu usaha yang diperbaharui dan lebih bersemangat dalam memerangi rasuah, sekali gus mencerminkan komitmen Malaysia untuk menegakkan integriti dan ketelusan di dalam dan luar negara. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>