Rumah pegawai kastam dilempar molotov cocktail
Iklan
PUTRAJAYA - Rumah seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kampung Perupok, Pasir Mas, Kelantan dilempar dengan bom botol mengakibatkan dua buah keretanya terbakar dalam kejadian awal pagi tadi, dipercayai angkara individu tidak dikenali.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Paddy Abd Halim berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.45 pagi tadi.