Edar air ketum, tiga lelaki ditahan
Iklan
Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa menumpaskan kegiatan pengedaran air ketum selepas menahan tiga lelaki dalam serbuan di Kampung Aur Cina, Pasir Mas pada Khamis.
PASIR MAS - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa menumpaskan kegiatan pengedaran air ketum selepas menahan tiga lelaki dalam serbuan di Kampung Aur Cina, di sini pada Khamis.
Tangkapan ke atas suspek dilakukan selepas PGA menyerbu sebuah bangsal semasa penugasan rutin menerusi Op Taring Wawasan.
Iklan
Iklan
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, semasa serbuan ketiga-tiga suspek cuba bertindak melarikan diri namun gagal.
"Kesemua yang ditahan itu masing-masing berusia 29, 30 dan 34 tahun.
Iklan
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 42 bungkus air ketum ditemukan di sekitar semak tepi bangsal tersebut.
"Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan," katanya pada Jumaat.
Iklan
Menurut beliau, hasil saringan awal ujian air kencing menunjukkan dua orang suspek positif dadah jenis benzo.
Ujarnya, anggaran nilai rampasan bernilai RM1,260 dan kes disiasat bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tambah beliau, semua suspek dan hasil rampasan diserahkan kepada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>