KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Iklan
KJ menerusi podcast Keluar Sekejap pada Rabu.
SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan pernah mencadangkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri agar tindakan diambil terhadap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
Khairy Jamaluddin berkata, langkah tersebut dapat membuka ruang untuk bekas Ahli Parlimen Pekan itu membuat pengakuan bahawa beliau diperdayakan seperti mana yang dilakukan dalam permohonan maafnya baru-baru ini.
Iklan
Iklan
Ujar beliau, Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan bahawa Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
"Tidak lama selepas itu, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Pembangunan Luar Bandar) dipecat.
Iklan
"Arahan juga diberikan kepada anggota jemaah Menteri supaya tidak ada lagi perbincangan berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Semuanya akan diuruskan oleh beliau sendiri sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan,” katanya menerusi podcast Keluar Sekejap pada Rabu.
Iklan
Menurut Khairy Jamaluddin, selain Muhyiddin, Mohd Shafie dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, terdapat beberapa anggota jemaah menteri yang sentiasa mencabar serta mempersoal Najib berhubung kes tersebut.
"Kalau kita hendak terima (permohonan maaf) pada nilai muka apa yang Najib kata bahawa beliau terpedaya. Maka ia berbalik kepada apa yang dikatakan oleh Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua melalui hantarannya.
"Apabila isu ini didedahkan, kenapa (Najib) tidak ambil langkah yang lain? Kenapa pecat timbalan perdana menteri, menteri, peguam negara atau Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?
"Itu tidak konsisten dengan seseorang yang telah ditipu,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>