'Bersatu bukan lemah, hanya suara tak didengar'
Iklan
Muhyiddin (kiri) bersama Penolong Pengarang Berita (Digital) Sinar Harian, Mohd Fazli Zainul Abidin ketika program Interviu di pejabatnya baru-baru ini.
TEMPOH 17 bulan memegang tampuk pemerintahan kerajaan semestinya waktu paling mencabar dalam kerjaya politik Tan Sri Muhyiddin Yassin. Manakan tidak, Perdana Menteri kelapan itu perlu mengurus negara ketika dunia termasuk Malaysia berdepan pandemik Covid-19.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengakui berada dalam kedudukan sukar ekoran tiada satu formula mahupun tempat yang boleh dijadikan panduan untuk menguruskan wabak seumpama itu.