Tengku Permaisuri Norashikin berangkat ke Program World Animal Day 2024
Iklan
Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) berkenan melawat ke ruang pameran haiwan pada Program Hari Haiwan Sedunia 2024 di Persatuan Pencegahan Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA), hari ini. - Foto: Bernama
KUALA LUMPUR - Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan berangkat menghadiri Program World Animal Day 2024 yang diadakan di Persatuan Pencegahan Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) Selangor, Ampang dekat sini.
Keberangkatan tiba baginda pada jam 10.50 pagi disambut oleh Pengerusi SPCA Selangor, Christine Chin.
Iklan
Iklan
Tengku Permaisuri Norashikin meluangkan masa hampir dua jam di acara tersebut dan berkenan menyampaikan anugerah penghargaan kepada 13 penerima yang merangkumi pihak penaja serta penyelamat dan pengasuh haiwan, sempena Inisiatif Potong Royong dan Stray Free Selangor (SFS) Ogos lepas.
Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) berkenan menyaksikan penyerahan replika cek daripada Pengasas Bawal Exclusive Sdn Bhd, Haliza Maysuri (kanan) kepada Christine Chin (kiri) pada Program Hari Haiwan Sedunia 2024 di SPCA hari ini. - Foto: Bernama
Iklan
Inisiatif tersebut merupakan projek lapangan yang melaksanakan pemandulan dan pensterilan haiwan terbiar bertujuan mengurangkan bilangan haiwan terbiar dan meningkatkan kesihatan dan keselamatan awam.
Baginda kemudian berkenan melawat beberapa reruai pameran haiwan sebelum berangkat pulang pada jam 1 tengah hari.
Iklan
Hari Haiwan Sedunia di sambut pada 4 Oktober bertujuan memperjuangkan kebajikan haiwan dan mempromosikan layanan berperikemanusiaan terhadap semua haiwan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Selangor tutup kaedah penternakan babi tradisional cemar sungai, alam sekitar'"><meta itemprop="description" content="'Selangor tutup kaedah penternakan babi tradisional cemar sungai, alam sekitar'
Kerajaan Selangor mengambil langkah awal untuk menamatkan sepenuhnya kaedah penternakan babi secara tradisional di Tanjung Sepat, Kuala Langat yang terbukti mencetuskan pencemaran, sebelum beralih kepada konsep penternakan moden yang diusahakan oleh pihak swasta.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendekatan itu selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu isu pencemaran akibat aktiviti penternakan di Tanjung Sepat, Kuala Langat ditangani segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763821/edisi/selangor-kl/selangor-tutup-kaedah-penternakan-babi-tradisional-cemar-sungai-alam-sekitar---amirudin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #AmirudinShari #Selangor #PenternakanBabi #Pencemaran #AlamSekitar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-13T05:08:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZpVlE1fPTDEv6vuuR/x120"><meta itemprop="duration" content="P141S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9xn4jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9xn4jy"></script>