Polis rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM120,000
Iklan
MIRI - Polis menahan empat orang termasuk seorang wanita warga asing dalam satu serbuan anti-dadah di sebuah kondominium mewah di Tanjung Lobang pukul 2.25 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, tiga daripada mereka adalah warga tempatan yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita wanita, manakala warga asing itu pula adalah warga China.