PETALING JAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengadakan kerjasama dan perbincangan dengan kementerian serta agensi berkaitan mengenai isu harga sayur-sayuran yang dijangka meningkat sehingga tiga kali ganda pada hujung tahun ini.
Menteri berkenaan, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan akan mengambil langkah intervensi sekiranya berlaku kenaikan secara mendadak.