'Nazri Aziz faham perspektif rundingan walaupun jauh di Washington'
Iklan
Shamsul Iskandar dan Mohamed Nazri. Gambar kecil: Hantaran Shamsul Iskandar di aplikasi X beliau pada Selasa.
SHAH ALAM – Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disifatkan sangat memahami perspektif rundingan antara parti untuk menubuhkan kerajaan walaupun beliau sekarang berada di Washington, Amerika Syarikat (AS).
Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, meskipun bukan berada di negara ini, Duta Malaysia ke AS itu faham konteks rundingan terbabit.
Iklan
Iklan
"Walaupun berjauhan di Washington, tetapi sangat memahami konteks dan perspektif (rundingan membentuk kerajaan),” katanya ringkas menerusi hantaran di aplikasi X pada Selasa.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Mohamed Nazri sebelum ini bahawa mengadakan rundingan untuk membentuk sebuah kerajaan bukan satu kesalahan.
Iklan
Bekas Ahli Parlimen Padang Rengas berkenaan menegaskan rundingan antara parti untuk membentuk kerajaan merupakan perkara biasa dalam amalan demokrasi.
Katanya, yang menjadi kesalahan adalah bila berlakunya cubaan membeli ahli Parlimen untuk mendapatkan sokongan bagi menubuhkan kerajaan.
Iklan
"Jika tidak ada majoriti bukan satu kesalahan untuk rundingan diadakan bagi membentuk sebuah kerajaan. Yang salah adalah apabila ada pihak cuba membeli ahli Parlimen untuk mendapatkan sokongan.
"Jika Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berunding dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ia tidak salah kerana tidak ada pihak yang dapat menubuhkan kerajaan,” katanya.
Isu rundingan antara Anwar dan Ahmad Zahid kembali menjadi perbualan selepas Shamsul Iskandar mendedahkan dalam satu podcast bahawa beliau dihubungi oleh Anwar agar tidak meminta kiraan semula bagi kerusi ditandinginya di Parlimen Bagan Datuk pada Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu kerana telah wujud persetujuan untuk membentuk kerajaan antara PH dan BN.
Ekoran itu, ada segelintir pihak turut menyalahkan Shamsul Iskandar yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mendedahkan perkara tersebut kepada umum.
Bagaimanapun, Mohamed Nazri berpendapat, perbuatan menyalahkan Shamsul Iskandar bukan satu tindakan bijak kerana apa yang didedahkan itu hanyalah satu perkara yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.