Gula 'diharamkan' di Parlimen pada setiap Rabu - Speaker Dewan Rakyat
Iklan
Johari
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Dewan Rakyat melancarkan inisiatif Hari Tanpa Gula sebagai usaha menyemai gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan dan ahli-ahli Parlimen.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, inisiatif tersebut akan diadakan setiap hari Rabu, bermula minggu ini.
Iklan
Iklan
"Bagi menyemarak gaya hidup sihat, Hari Tanpa Gula akan dilaksanakan di Parlimen Malaysia pada setiap hari Rabu.
"Ini selaras dengan gaya hidup sihat yang perlu diamalkan bersama," katanya ketika memulakan sidang Dewan Rakyat pada Isnin.
Iklan
Selain inisiatif berkenaan, beliau memaklumkan Parlimen telah melaksanakan projek Sistem Fotovolta Suria bagi menyokong dasar berkaitan Tenaga Boleh Diperbaharui.
Menurutnya, Parlimen Malaysia merupakan antara Parlimen terawal di dunia yang mengoptimumkan penggunaan tenaga solar dengan kapasiti 1.5 mega watt peak (MWp) sebagai inisiatif peralihan kepada sumber tenaga lebih lestari.
Iklan
Di samping itu, beliau turut mengingatkan ahli-ahli Parlimen untuk mematuhi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang diwartakan pada 2 Februari lalu.
"Sebanyak 28 kawasan telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok termasuk bangunan Parlimen.
"Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) telah menetapkan merokok dan penggunaan rokok elektronik perlu melebihi jarak tiga meter dari bangunan," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>