Kematian banduan akibat jangkitan kuman dalam darah - Jabatan Penjara
Iklan
Kematian seorang banduan lelaki di Penjara Pokok Sena, Isnin lalu disebabkan jangkitan kuman dalam darah. Gambar hiasan
SHAH ALAM - Jabatan Penjara Malaysia menegaskan kematian seorang banduan lelaki di Penjara Pokok Sena, Kedah Isnin lalu disebabkan jangkitan kuman dalam darah.
Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan, banduan tersebut telah telah mengadu tidak sihat pada 4 Oktober iaitu sembilan hari setelah hukuman sebat dijalankan pada 25 September.
Iklan
Iklan
"Susulan aduan sakit oleh banduan, pihak penjara terus melakukan pemeriksaan lanjut melalui rawatan rapi oleh pegawai perubatan.
"Banduan telah dibawa Hospital Sultanah Bahiyah pada 7 Oktober untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia dan laporan bedah siasat awal punca kematian ialah jangkitan kuman dalam darah," katanya pada Khamis.
Iklan
Jabatan Penjara berkata, pihaknya ingin menegaskan bahawa hukuman sebat yang dilaksanakan pada 25 September itu adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan banduan juga telah disahkan sihat dan cergas selepas pemeriksaan ketat oleh Pegawai Perubatan Penjara.
Jelasnya, selepas menjalani hukuman, banduan tersebut juga telah dirawat dengan rapi termasuk rawatan luka setiap hari dan dipantau kesihatan dari masa ke masa oleh Pegawai Perubatan Penjara.
Iklan
"Sehingga kini tiada pelanggaran SOP dikenal pasti dan siasatan lanjut masih dijalankan.
"Sekiranya didapati terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur semasa melaksanakan tugas, jabatan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab," ujarnya.
Tambah kenyataan itu lagi, pihak jabatan mengingatkan orang awam agar tidak menyebar berita tidak sahih berkaitan kes terbabit.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>