MOSCOW - Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) dan calon Presiden Demokrat, Kamala Harris, mendahului pencabarnya daripada Parti Republikan, bekas Presiden Donald Trump, dengan kelebihan dua peratus kurang sebulan sebelum Pilihan Raya Presiden, menurut tinjauan Redfield & Wilton Strategies, lapor Sputnik.
"Setelah mengambil kira kemungkinan responden untuk mengundi, 48 peratus... rakyat Amerika menyatakan mereka akan mengundi Kamala Harris, manakala 46 peratus... akan mengundi Donald Trump," menurut tinjauan yang dikeluarkan pada Selasa.