Air pasang besar cecah 3.7 meter dijangka berlaku di Perlis
Iklan
Fenomena air pasang besar mencecah paras 3.7 meter dijangka berlaku pada 16 dan 17 Oktober.
KANGAR - Penduduk di Perlis terutama bagi kawasan Kangar dan Arau diingatkan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan banjir besar, apabila dijangkakan berlaku fenomena air pasang besar mencecah paras 3.7 meter pada 16 dan 17 Oktober.
Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, penduduk perlu sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa dan tidak menunggu saat akhir untuk berpindah ke tempat lebih selamat atau pusat pemindahan sementara (PPS), jika keadaan semakin buruk.
Iklan
Iklan
"Paras air pasang ini dijangka mencecah 3.7 meter iaitu lebih tinggi berbanding paras 3.4 meter yang berlaku sebelum ini...(projek) lencongan banjir barat di Perlis banyak membantu mengurangkan impak banjir, namun masyarakat perlu lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Kita akan terus memantau keadaan cuaca dan paras air dari semasa ke semasa, serta mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk melindungi penduduk Perlis daripada kesan banjir ini,” katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Iklan
Che Murad Sayang berkata, pihak kerajaan negeri telah bersiap siaga bagi menghadapi kemungkinan banjir lagi, sekiranya berlaku fenomena air pasang besar itu dan bantuan termasuk bekalan makanan bagi mangsa banjir juga telah disediakan.
"Lebih 7,000 anggota daripada pelbagai agensi akan digerakkan bagi bersiap sedia mengawal kawasan dan membantu mangsa terjejas. Antara agensi terlibat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya.
Sementara itu, Pengarah JKM Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 687 mangsa banjir daripada 215 keluarga di Perlis, ditempatkan di enam PPS setakat jam 6 petang ini.
Iklan
Untuk rekod, Perlis juga pernah dilanda banjir pada pertengahan bulan lepas apabila PPS mula dibuka untuk menempatkan mangsa banjir pada 17 Sept malam, sebelum ditutup sepenuhnya pada 21 September. - Bernama
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.