Muhammad Yunus insan penuh belah kasihan yang dunia perlukan - PM
Iklan
Anwar (kiri) bersama Muhammad Yunus mengadakan sidang media bersama media tempatan sempena lawatan rasmi ke Bangladesh pada Jumaat. Foto Bernama
DHAKA - Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Dr Muhammad Yunus sebagai insan yang penuh belas kasihan yang dunia perlukan.
Perdana Menteri berkata, pemenang hadiah Nobel itu telah menyentuh hati dan jiwa golongan terpinggir dan kurang bernasib baik.
Iklan
Iklan
"Saya mengenali anda sejak empat dekad lepas sebagai individu yang mengambil inisiatif itu. Mereka kata kekurangan pengalaman anda dalam pentadbiran tiada apa-apa jika dibandingkan dengan kekuatan dan semangat anda untuk golongan miskin, terpinggir dan rakyat.
"Saya rasa inilah yang kita kurang dalam dunia hari ini, lihat sahaja situasi di Gaza dan kini di Lubnan, apa yang kurang? Ia adalah kekurangan (sifat) kemanusiaan, keadilan dan belas kasihan," kata beliau.
Iklan
Anwar melakukan lawatan sehari dan ia yang pertama oleh ketua kerajaan asing sejak pembentukan kerajaan interim yang diketuai oleh Muhammad.
Perdana Menteri berkata, beliau percaya dengan usaha Muhammad untuk memastikan Bangladesh menghidupkan demokrasi cemerlang dan menghormati hak setiap rakyat di negara itu.
Iklan
"Saya amat berbesar hati atas maklum balas ikhlas anda (Muhammad) dan mengenali anda secara peribadi, saya percaya kepada kepimpinan dan dedikasi anda dan saya bersedia memberi sebarang bantuan kecil jika dan bila-bila masa diperlukan," kata Anwar. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>