PM akan diberi penghormatan rasmi di Lapangan Terbang Dhaka
Iklan
Anwar - Foto: Bernama
DHAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual tiba di Dhaka petang ini akan diberi penghormatan untuk memeriksa barisan kawalan kehormat sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal.
Ketibaan beliau akan disambut Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus pada jam 2.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia), lapor Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS) memetik sumber dari Kementerian Luar Bangladesh.
Iklan
Iklan
Perdana Menteri akan diiringi delegasi yang terdiri daripada anggota Kabinet, menteri, ahli Parlimen, dan pegawai kanan kerajaan sepanjang lawatan ini.
Beliau juga akan diiringi konvoi rasmi menuju ke Hotel InterContinental Dhaka, dan Anwar dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Profesor Muhammad Yunus.
Iklan
Kedua-dua pemimpin akan mengadakan rundingan dua hala yang dijangka merangkumi pelbagai isu kepentingan bersama seperti kerjasama ekonomi, hubungan politik, perdagangan dan pelaburan, migrasi buruh, pendidikan, teknologi, pembangunan infrastruktur, serta kerjasama pertahanan.
Bangladesh dijangka meminta sokongan Malaysia dalam menangani krisis pelarian Rohingya yang berlarutan, selain memperkukuh usaha negara itu untuk menjadi"Rakan Dialog Sektoral" dalam kerangka ASEAN, menurut Penasihat Luar Bangladesh, Touhid Hossain dalam satu taklimat media baru-baru ini.
Iklan
Selepas pertemuan itu, satu kenyataan media bersama akan dikeluarkan.
BSS juga melaporkan bahawa Anwar akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Bangladesh, Mohammed Shahbuddin di Bangabhaban.
Anwar merupakan ketua kerajaan pertama yang mengucapkan tahniah kepada kerajaan interim Bangladesh selepas ia mengambil alih pentadbiran.
Lawatan ini juga menandakan kunjungan rasmi pertama oleh ketua kerajaan asing sejak kerajaan sementara yang dipimpin Muhammad Yunus memegang tampuk pemerintahan selepas kejatuhan kerajaan Liga Awami pada 5 Ogos lalu.
Perdana Menteri Malaysia dijangka meninggalkan Dhaka sekitar 6 petang, menamatkan lawatannya yang berlangsung selama sehari. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>