Lawatan PM ke Dhaka imbau sejarah 52 tahun lepas
Iklan
Haznah ketika sidang media bersama media Malaysia sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Bangladesh pada Jumaat. - Foto: Bernama
DHAKA - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Bangladesh hari ini menjadi simbol solidariti Malaysia bersama rakyat negara itu yang berdepan situasi mencabar pada masa ini.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh Haznah Md Hashim berkata, Malaysia ialah negara pertama yang membuat lawatan di peringkat ketua kerajaan dalam tempoh dua bulan selepas kerajaan sementara Bangladesh dibentuk.
"Lawatan ini mengulangi sejarah apabila Malaysia menjadi negara Islam pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh pada 31 Jan 1972,” katanya dalam sidang media di sini.
Ogos lepas pemenang hadiah Nobel Muhammad Yunus dilantik mengetuai kerajaan sementara Bangladesh ekoran ketidakstabilan politik di negara itu susulan beberapa minggu protes yang menyaksikan Sheikh Hasina meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Haznah berkata, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Muhammad Yunus dan membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Mohammed Shahabuddin sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah petangnya.
Tahun lepas Bangladesh merupakan rakan dagangan ke-27 terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-19 terbesar dan sumber import ke-47 terbesar, menjadikan ia sebagai rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Selatan.
Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Bangladesh mencecah RM12.7 bilion (AS$2.78 bilion) tahun lepas. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>