Kuching larang guna penyedut minuman plastik 1 April

Iklan
Gambar hiasan. Foto: 123rf

KUCHING - Mulai 1 April ini Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan menguatkuasakan larangan penggunaan penyedut minuman plastik di semua pusat penjaja makanan di bawah seliaannya di sini, kata Datuk Bandar MBKS, Datuk Wee Hong Seng hari ini.

Beliau berkata tarikh itu ditetapkan bagi memberikan tempoh yang mencukupi untuk peniaga-peniaga terlibat membiasakan diri dan seterusnya mematuhi larangan berkenaan, selain memberi peluang kepada mereka menghabiskan stok penyedut minuman yang ada.

Iklan
Iklan

"Kami akan memulakan percubaan (melarang penggunaan penyedut minuman plastik itu) 1 Mac ini sebelum menguatkuasakan sepenuhnya larangan berkenaan," katanya selepas melancarkan pelekat kenderaan Tahun Melawat Malaysia 2020 Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sarawak di sini.

Menurutnya dalam tempoh permulaan penguatkuasaan, MBKS akan mengenakan kadar denda sebanyak RM50 ke atas peniaga yang gagal mematuhi larangan ini dan akan menyelaraskannya semula sejajar dengan pihak berkuasa tempatan lain di negeri ini yang bercadang menguatkuasakan larangan yang sama.

Iklan
Iklan

"Majlis Perbandaran Sibu merupakan antara pihak berkuasa tempatan yang bercadang untuk menguatkuasakan larangan ini,” katanya. - Bernama