Tiga masjid seliaan Jakim anjur solat hajat untuk mangsa serangan Israel
Iklan
Jakim akan anjur solat hajat dan doa selamat bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mangsa tragedi di Gaza, Lubnan, Syria dan Yaman. Foto hiasan
PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan solat hajat dan doa selamat khusus bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mangsa tragedi di Gaza, Lubnan, Syria dan Yaman.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, ia akan diadakan di tiga masjid utama di bawah seliaan jabatan itu iaitu Masjid Negara di ibu negara serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, solat hajat dan doa selamat akan diadakan selepas solat Maghrib esok (Khamis) dan selepas solat Jumaat di tiga masjid berkenaan.
"Jakim turut berbesar hati dan mengajak seluruh masjid-masjid, surau-surau dapat mengadakan solat hajat bagi memohon kepada Allah atas ujian yang menimpa ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Iklan
Jakim dalam pada itu turut menzahirkan rasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Israel ke atas Gaza, Lubnan, Syria dan Yaman.
Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober tahun lepas mengakibatkan lebih 41,600 orang terbunuh kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala lebih 96,400 cedera.
Iklan
Pada Selasa, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengecam peluasan konflik di Timur Tengah dan berkata gencatan senjata amat diperlukan.
Tentera Israel mengumumkan pada lewat Isnin bahawa mereka telah melancarkan 'kempen darat yang terfokus dan terhad' terhadap Hizbullah di selatan Lubnan dan media melaporkan 95 orang terbunuh dan 172 yang lain cedera akibat serangan udara dalam tempoh 24 jam lepas.
Di ibu kota Syria, Damsyik, letupan kedengaran di seluruh bandar apabila berita mengenai tentera Israel yang memulakan pencerobohan darat ke selatan Lubnan mula tersebar. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tak manis datang sendiri' - Hasan cadang semua bekas PM dijemput hadiri Sambutan Hari Kebangsaan"><meta itemprop="description" content="Seorang ahli Parlimen kerajaan mencadangkan supaya Kementerian Komunikasi membuat jemputan rasmi kepada semua bekas Perdana Menteri untuk menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun akan datang.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim berkata, tradisi sama turut dibuat di negara maju lain termasuk Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda mengenang jasa bekas pemimpin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805836/berita/nasional/tak-manis-datang-sendiri---hasan-cadang-semua-bekas-pm-dijemput-hadiri-sambutan-hari-kebangsaan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #bekaspmdijemputhadirisambutanharikebangsaan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-23T10:36:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P191S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbz3e6m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbz3e6m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbz3e6m"></script>