GISBH: KPT akan bertindak selepas dapat laporan penuh
Iklan
Zambry (dua, kiri) bersama Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib (dua, kanan) ketika gimik pelancaran Sistem e-Profiling HEP pada Program Khas: In Person With Doc Zam di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM pada Selasa. Foto Bernama
SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Tinggi akan mempertimbang sebarang keperluan atau tindakan berhubung isu GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) selepas mendapat laporan penuh daripada pasukan khas yang menyiasat kes itu.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat laporan lengkap sama ada pensyarah atau pelajar di peringkat universiti awam terlibat atau dikaitkan dalam isu itu.
Iklan
Iklan
"Namun yang paling mustahak adalah keadaan yang berlaku kepada mereka itu sekarang ini ditangani oleh pihak berkuasa melalui satu pasukan petugas yang telah dibentuk.
"Jadi biarlah komentar mengenai mereka ini dilakukan melalui pasukan petugas berkenaan dan sekiranya ada keperluan penglibatan KPT, kita akan menyalurkan bantuan,” katanya selepas perasmian Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2024 di Universiti Teknologi Mara di sini pada Selasa.
Zambry (kiri) beramah mesra bersama mahasiswa yang hadir ke Program Khas: In Person With Doc Zam sempena Minggu Destinasi Siswa di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM pada Selasa. Foto Bernama
Iklan
Pada awal September lepas, Polis Diraja Malaysia melancarkan Op Global dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung Malaysia yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.
Serbuan itu menyaksikan sejumlah 572 mangsa berjaya diselamatkan dan membawa kepada penahanan 359 pengikut GISBH termasuk pihak pengurusan tertinggi. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>