PM Anwar terima Darjah Kebesaran Kelantan
Iklan
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (kanan) berkenan menganugerahkan darjah tersebut yang membawa gelaran Datuk kepada Anwar di Istana Negeri di Kubang Kerian, Kota Bharu pada Selasa.
KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) di Istana Negeri di Kubang Kerian di sini pada Selasa.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menganugerahkan darjah tersebut yang membawa gelaran Datuk.
Iklan
Iklan
Kurniaan itu, sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ke-55 pada Ahad.
Anwar (dua, kiri) bersama Sultan Muhammad V (tengah) di Istana Negeri di Kubang Kerian, Kota Bharu pada Selasa.
Sinar Harian pada Ahad melaporkan Anwar mendahului senarai 763 penerima darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ke-55.
Iklan
Dalam istiadat di Istana Balai Besar, di sini, Anwar dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) membawa gelaran Datuk.
Dua Individu dikurniakan Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (SJMK) membawa gelaran Datuk, iaitu Pengerusi Eksekutif Apex Equity Holdings Berhad, Datuk Wira Farhash Wafa Salvador dan Ketua Pegawai Eksekutif Muhibbah Security Sdn Bhd, Datuk Mohd Khidir Yaacob.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tak manis datang sendiri' - Hasan cadang semua bekas PM dijemput hadiri Sambutan Hari Kebangsaan"><meta itemprop="description" content="Seorang ahli Parlimen kerajaan mencadangkan supaya Kementerian Komunikasi membuat jemputan rasmi kepada semua bekas Perdana Menteri untuk menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun akan datang.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim berkata, tradisi sama turut dibuat di negara maju lain termasuk Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda mengenang jasa bekas pemimpin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805836/berita/nasional/tak-manis-datang-sendiri---hasan-cadang-semua-bekas-pm-dijemput-hadiri-sambutan-hari-kebangsaan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #bekaspmdijemputhadirisambutanharikebangsaan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-23T10:36:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P191S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbz3e6m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbz3e6m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbz3e6m"></script>