KOTA KINABALU - Lima dilaporkan rentung dalam kebakaran rumah melibatkan kawasan setinggan di Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, Likas di sini, pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kesemua mangsa berusia antara tiga hingga 14 tahun, bagaimanapun identiti mereka masih belum diketahui.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, seramai 13 anggotanya dengan dibantu 14 anggota BBP Kota Kinabalu dan enam anggota BBP Putatan dikejar ke lokasi kejadian.