SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang dilanda hujan lebat hingga 3 petang pada Ahad.
MetMalaysia memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Melaka, Pulau Pinang, Labuan termasuk beberapa kawasan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.