Kerajaan tidak akan muflis kerana bantu golongan miskin - PM

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan hari ini. Foto: Bernama

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menjadi miskin atau muflis kerana membantu golongan miskin sebaliknya kerosakan ekonomi negara berpunca daripada salah laku kepimpinan, rasuah dan ketirisan.

Beliau berkata, bantuan kepada golongan berpendapatan rendah adalah tanggungjawab kerajaan bagi memastikan hasil pembangunan negara dapat dinikmati secara lebih menyeluruh oleh rakyat.

Iklan
Iklan

Anwar berkata, sebagai contoh, kerajaan memperuntukkan RM16 bilion bagi pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini selain melaksanakan kenaikan gaji penjawat awam serta gaji minimum bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

"Tak ada negara dan kerajaan di dunia yang jadi miskin kerana tolong orang miskin,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan di sini.

Iklan

Perdana Menteri juga berkata, negara boleh mengalami kemerosotan sekiranya kekayaan awam disalahgunakan untuk kepentingan kelompok tertentu, selain amalan rasuah dan sikap tamak haloba dalam pentadbiran.

Beliau berkata, prinsip membantu golongan memerlukan perlu terus dipertahankan selagi kerajaan mengamalkan pengurusan kewangan dan tadbir urus yang baik. - Bernama

Iklan