Satu PPS baharu dibuka, mangsa banjir di Kedah meningkat
Iklan
ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 243 orang daripada 59 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 207 orang daripada 49 keluarga malam tadi dengan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kubang Pasu.
Laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun yang dibuka awal pagi tadi, menempatkan 36 mangsa daripada 10 keluarga.
Iklan
Iklan
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di daerah Pendang masih kekal seramai 207 orang daripada 49 keluarga yang ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah dan SMK Pendang.
Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat 8 pagi paras air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu serta Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap dan Sungai Perik di Kampung Perik, Padang Terap melebihi paras bahaya.
Iklan
Manakala Sungai Ketil di Kuala Pegang, Baling; Sungai Bata di Kampung Bata, Kubang Pasu; Sungai Janing di Kampung Labi, Padang Terap; serta Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar melebihi tahap waspada. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>