PENGURUS Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou menyifatkan Dominic Solanke beransur-ansur mencapai tahap diharapkan The Lilywhites selepas penyerang itu menjaringkan satu gol dan mencipta satu bantuan ketika membelasah kelab Azerbaijan, Qarabag, 3-0 dalam aksi Liga Europa Stadium Tottenham Hotspur pada Jumaat.
Solanke, yang ditandatangani dari Bournemouth dalam perjanjian bernilai sehingga 65 juta pound memulakan musim ini dengan perlahan dan terlepas dua perlawanan selepas membuat penampilan sulung setelah mengalami kecederaan buku lali.