Transaksi MyDebit di empat tol lebuh raya bantu B40 memerlukan
Iklan
Sazally (kiri) menyempurnakan gimik pelancaran Sentuhan Ikhlas di Plaza Tol Puchong Selatan di sini pada Selasa.
KUALA LUMPUR - Pengguna di empat lebuh raya di bawah Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) berpeluang membantu golongan berpendapatan rendah melalui Kempen Sentuhan Ikhlas.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ALR, Sazally Saidi berkata, dengan hanya satu sentuhan bagi transaksi tol menggunakan MyDebit, pengguna berpeluang menyumbang dalam kempen itu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kempen dengan kerjasama Payments Network Malaysia (PayNet) itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berlangsung di Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Smart dan Lebuhraya Sprint.
"Setiap transaksi MyDebit di semua 152 lorong tol di empat lebuh raya tersebut dapat membantu keluarga B40 memerlukan.
Iklan
"Ia juga sebagai galakan kepada pengguna membuat pembayaran melalui MyDebit pembayaran kerana mudah dan selamat,” katanya pada Majlis Pelancaran Sentuhan Ikhlas di Plaza Tol Puchong Selatan di sini pada Selasa.
Sazally (kiri) melancarkan Kempen Sentuhan Ikhlas di Plaza Tol Puchong Selatan di sini pada Selasa.
Turut hadir, Pengarah Kanan Bahagian Komersial PayNet, Azrul Fakhzan Mainor.
Iklan
Sazally berkata, kempen itu menyasarkan kutipan RM500,000 setelah mencapai 5 juta transaksi MyDebit dalam tempoh dua bulan.
Ujarnya, sumbangan RM500,000 ini akan membantu 1,000 keluarga berpendapatan rendah untuk membeli makanan dan keperluan isi rumah melalui penggunaan MyKad mereka.
"Dana akan diagihkan secara berperingkat, mengikut pencapaian transaksi MyDebit iaitu sumbangan RM100,000 selepas mencapai 1 juta transaksi.
"Ia diikuti RM150,000 selepas 2.5 juta transaksi seterusnya RM250,000 lagi apabila mencapai 5 juta transaksi," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>