KUALA LUMPUR - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini terhadap tuduhan berhubung ucapan berkaitan Peristiwa 13 Mei 1969 yang didakwa boleh menyebabkan ketakutan kepada orang awam dua tahun lalu.
Azwanddin, 47, didakwa membuat ucapan mengenai kenyataan ingin mengulangi peristiwa 13 Mei 1969 dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin mendorong ketakutan atau kegentaran kepada mana-mana orang mungkin terdorong melakukan sesuatu kesalahan terhadap ketenteraman awam.