Lagu AI 'Hussien Hussien untuk Mahkota' strategi BN tarik pengundi
Iklan
Calon BN di Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah (dua, kanan) bergambar bersama penduduk Taman Ilham selepas meluangkan masa memancing. Foto Bernama.
KLUANG - Lagu 'Hussien Hussien untuk Mahkota' yang menggunakan suara kecerdasan buatan (AI) antara pendekatan Barisan Nasional (BN) bagi menarik perhatian pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Iklan
Iklan
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, lagu dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Cina dan Tamil nukilan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Mohammad Sollehin Mohamad Tajie itu hanya mengambil masa sehari untuk disiapkan.
Lagu itu mula digunakan15 September lepas pada kempen di media sosial termasuk aplikasi TikTok.
Iklan
"Calon kita Syed Hussien Syed Abdullah ialah orang muda dan ini antara kaedah untuk kita memperkenalkan beliau kepada pengundi, khususnya golongan muda kerana di DUN Mahkota terdapat peratusan besar orang muda.
"Pengundi masa kini khususnya anak muda, mereka tidak berminat dengan ceramah mega dan disebabkan itu, kita mengambil alternatif lain dengan mencipta lagu," katanya kepada pemberita selepas menyertai program memancing bersama penduduk di Taman Ilham di sini.
Iklan
Pendekatan melalui lagu juga telah dibuat sebelum ini iaitu pada PRK DUN Nenggiri yang berkonsepkan dikir barat, mengambil kira lokasi pilihan raya itu di Kelantan, kata Dr Muhamad Akmal.
Bagi memastikan sebutan dan susunan ayat pada versi Bahasa Cina dan Tamil tepat, lagu itu disemak oleh Ketua Pemuda MCA Ling Tian Soon serta bekas Ketua Pemuda MIC K. Raven Kumar, dengan kedua-dua mereka merupakan Exco Johor.
Dr Muhamad Akmal berkata lagu itu mendapat sambutan baik apabila beliau melihat anak muda menyanyikan lagu itu semasa berjumpa Syed Hussien.
PRK DUN Mahkota pada 28 September ini menyaksikan pertembungan antara Syed Hussien dengan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos. - Bernama
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.