Belanjawan 2025: KPWKM cadang peruntukan RM3 bilion
Iklan
Nancy Shukri (sembilan dari kiri) bersama Amar Awang (dua belas dari kiri) bersama Sukarelawan Yayasan Kebajikan Negara dan jawatankuasa tertinggi pada Program Wanita Dinamik YKN sempena Kembara Kasih KPWKM 2024 di Hospital Bintulu hari ini. Foto Bernama
LAWAS - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mencadangkan peruntukan kira-kira RM3 bilion bagi Belanjawan 2025, kata menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata, jumlah itu mengambil kira 80 peratus daripada peruntukan KPWKM tahun ini melibatkan pengurusan elaun penerima bantuan yang tersenarai di bawah agensi kementerian berkenaan.
Iklan
Iklan
"Kita perlu kaji betul-betul apa program yang berkesan untuk rakyat mendapat manfaatnya (pada 2025)... Jadi terpulanglah kepada Kementerian Kewangan untuk luluskan atau tidak.
"(Susulan maklum balas positif Kembara KASIH) Kita memang masukkan program ini dalam cadangan belanjawan supaya ia dapat diperluas di negeri-negeri lain selepas ini,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Program Wanita Dinamik YKN sempena Kembara KASIH KPWKM 2024 di Arena Lawas, hari ini.
Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr Maziah Che Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Nordina Haron.
Iklan
Pada 4 September lepas, Nancy dilaporkan berkata, KPWKM mengemukakan cadangan berhubung bantuan kepada ibu tunggal untuk menuntut nafkah daripada bekas suami di mahkamah dalam Belanjawan 2025.
Dalam Belanjawan 2024, KPWKM diperuntukkan RM3.52 bilion merangkumi RM3.25 bilion perbelanjaan mengurus dan RM265 juta perbelanjaan pembangunan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan Belanjawan 2025 iaitu belanjawan ketiga di bawah Kerajaan Perpaduan pada 18 Oktober ini di Dewan Rakyat. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>