Dr Mahathir, Imran Khan bertemu di Putrajaya

Iklan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) bersama rakan sejawatannya dari Pakistan, Imran Khan ketika mengadakan pertemuan empat mata di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mengadakan pertemuan di Perdana Putra di sini hari ini bagi membincangkan kerjasama dua hala yang sedia wujud antara Malaysia dan Pakistan

Wisma Putra, dalam kenyataan sebelum ini, memaklumkan kedua-dua pemimpin dijangka bertukar pandangan mengenai isu global dan serantau yang mempunyai kepentingan bersama.