'Usaha saat akhir tarik sokongan'
Iklan
Pas meluluskan pindaan perlembagaannya dengan membuka keahlian kepada bukan Islam pada muktamar parti itu yang ke-70 baru-baru ini.
SHAH ALAM - Langkah Pas membuka keahlian bersekutu kepada bukan Islam kecuali ateis (orang yang tidak percaya akan adanya tuhan) dilihat tindakan saat akhir dan jalan selamat untuk mengumpul sokongan bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Menurut Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara, Dr Ariff Aizuddin Azlan, dengan membuka keahlian kepada bukan Islam, Pas boleh mengembangkan pengaruh sekali gus mengolah strategi politik etnik menjelang PRU kelak.