Alami pengalaman VR di Family Fiesta MADA
Iklan
Agro Cafe yang memperkenalkan makanan tradisional berkait rapat dengan kehidupan petani, penternak dan nelayan. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
SERDANG - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyediakan pelbagai aktiviti interaktif menerusi Segmen Agro Lifestyle dan Segmen Agro Culinary bertempat di Dewan D-2 Family Fiesta bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2024) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).
Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) MADA, Zulkifli Romli berkata, teknologi Realiti Virtual (VR) yang diperkenalkan pada pameran kali ini memberi peluang kepada golongan muda merasai sendiri pengalaman sebagai petani.
Iklan
Iklan
Menurutnya, selain itu pengunjung boleh merasai pengalaman bermain wau dan memancing menerusi teknologi yang sama.
"Paling mendapat tumpuan apabila permainan tradisional seperti teng-teng dimainkan secara digital dengan fakta menarik berkaitan tanaman, ternakan serta akuakultur,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Sesi podcast bersama usahawan tempatan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Coffee Star Malaysia, Raja Ahmad Fauzan Raja Hassan (kanan). Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Iklan
Menerusi segmen agro ternak pula, pengunjung boleh mencuba simulasi mesin menghasilkan produk tenusu secara interaktif.
"Pada masa yang sama mereka mendapat maklumat mengenai pengurusan haiwan ternakan termasuk kawalan penyakit,” katanya.
Iklan
Mengulas lanjut, MADA turut memperkenalkan makanan tradisional menerusi Agro Cafe.
"Makanan ini berkait rapat dengan kehidupan petani, penternak dan nelayan seperti roti jala dan pek nga (lempeng kelapa),” katanya.
Seorang kanak-kanak mencuba teknologi Realiti Virtual (VR) pengalaman menjadi seorang petani di Segmen Family Fiesta MADA di Dewan D-2. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Paling menarik pada 19 September menerusi segmen cabaran kulinari, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan tampil menerusi demonstrasi menu khas ‘Abang Mat Masak Apa?’
Sehingga 14 September lalu, Segmen Family Fiesta MADA di Dewan D-2 telah dihadiri 31,271 pengunjung.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>