Bersatu makin malap di Johor - Nur Jazlan
Iklan
Nur Jazlan Mohamed
KLUANG - Kekalahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada tahun lalu menunjukkan parti itu semakin malap di Johor.
Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tidak mustahil PRK Mahkota merupakan pengakhiran kepada Bersatu dalam arena politik tanah air.
Iklan
Iklan
Dakwa beliau, Bersatu akan mengalami nasib sama seperti parti Semangat 46 iaitu parti serpihan UMNO yang sudah dibubarkan.
"Bersatu mungkin akan bertemu titik akhirnya. Bagi saya, apa yang bakal berlaku di Mahkota nanti bukan mungkin bukan sekadar kekalahan, tetapi lebih kepada cerita kejatuhan sebuah parti yang asalnya dibina dengan penuh cita-cita dongeng, tetapi berakhir dengan keadaan memalukan.
Iklan
"Bersatu kini semakin malap di Johor dan PRK Mahkota menjadi tanda tanya yang jelas berkenaan nasib parti itu yang lahir di negeri ini," katanya dalam satu dalam kenyataan pada Ahad.
PRK Mahkota menyaksikan BN mempertaruhkan Syed Hussien, 40, bagi mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022, manakala PN meletakkan bekas pemain bola sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar, 61, sebagai calon.
Iklan
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos, semasa menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini.
Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru melibatkan calon PH, PN dan Warisan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>