Pokok tumbang, hujan lebat dan angin kencang landa Pulau Pinang
Iklan
Skuad Pantas MBPP sedang bertungkus lumus mengalihkan pokok tumbang selepas angin kencang dan hujan lebat pada awal pagi Ahad. Foto Ihsan MBPP
GEORGE TOWN - Sebanyak 20 kes pokok tumbang diterima Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas hujan lebat dan angin kencang yang melanda kawasan pulau di negeri ini sejak jam 12.50 tengah malam Ahad.
Kawasan yang terlibat ialah Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu /persimpangan Kondominium N Park, hadapan Stesen Minyak Petron Jalan Sultan Azlan Shah, Relau, Batu Maung, Persiaran Bukit Jambul, Solok Bukit Jambul, Jalan Sungai Dua, Jalan Tun Dr Awang Markas Tentera Bayan Lepas, Jalan Lembah Permai, Jalan Residensi, Bulatan Besar Bayan Baru, Cangkat Minden Jalan 1 Gelugor, Kolej Vokasional Batu Lanchang, Jalan Bukit Balik Pulau, Jalan Bukit Gambir dan Lintang Sungai Tiram.
Iklan
Iklan
MBPP dalam kenyataannya berkata, kesemua laporan itu termasuk laporan dahan pokok patah diterima petugas aduan hotline MBPP dalam tempoh antara 1 hingga 7 pagi, Ahad.
MBPP menerima 20 laporan pokok tumbang dan dahan patah selepas hujan lebat dan angin kencang yang melanda Pulau Pinang pada awal pagi Ahad. Foto Ihsan orang awam
"Kesemua 20 lokasi tersebut telah diambil tindakan oleh anggota Skuad Pantas MBPP tanpa henti sehingga kerja selesai dan kawasan tersebut selamat digunakan orang awam.
Iklan
"Setakat ini, hanya Lintang Sungai Tiram iaitu berhadapan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Heng Ee belum selesai manakala semua lokasi yang dilaporkan kepada MBPP, kerja pembersihan telah selesai," katanya pada Ahad.
Sementara itu, difahamkan antara kawasan yang dilaporkan banyak berlaku pokok tumbang dan dahan patah adalah di Bayan Lepas.
Iklan
Tiada kemalangan jiwa atau melibatkan mangsa dalam kejadian pokok tumbang dan dahan patah di 20 kawasan yang dilaporkan. Foto Ihsan orang awam
Beberapa buah kenderaan dikatakan ditimpa pokok tumbang dan dahan patah menyebabkan kerosakan kecil.
Bagaimanapun, kejadian tersebut tidak melibatkan mangsa atau kemalangan jiwa.
Sehingga kini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang masih belum mengeluarkan sebarang laporan berhubung kejadian pokok tumbang atau dahan patah.
Pertambahan komuniti Rohingya di Kampung Kuala Muda, Penaga di Kepala Batas hampir empat kali ganda daripada 108 orang pada 2018 kepada kira-kira 400 tahun ini menjadi punca utama penduduk meminta penempatan itu dikosongkan, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Jumlah rumah yang didiami komuniti berkenaan turut meningkat daripada 12 kepada 33, dengan sesetengah kediaman menempatkan lebih 20 orang daripada tiga atau empat keluarga, sekali gus mencetuskan keresahan mengenai kesesakan, perubahan landskap sosial kampung dan persaingan pekerjaan termasuk dalam sektor perikanan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789886/edisi/utara/dari-100-jadi-400-orang-penduduk-jelaskan-sebab-rohingya-diminta-keluar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.