Kan dah kena sepak...
Iklan
SITIAWAN - Tindakan sekumpulan penunggang motosikal menggunakan laluan berpalang di plaza tol mengundang kemarahan pengguna hingga menyebabkan petugas di situ berang lalu bertindak menyepak seorang daripada mereka seperti dipaparkan dalam video yang tular, semalam.
Kejadian dipercayai di Plaza Tol Kampung Lekir Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), Sitiawan itu menyebabkan siren berbunyi dan beberapa pengguna lain terpaksa memberhentikan kereta untuk memberi laluan kepada kumpulan motosikal berkenaan.