Laut China Selatan: Antara kedaulatan dan ekonomi
Iklan
Pertikaian wilayah di Laut China Selatan membabitkan tuntutan bertindih ke atas pulau dan maritim antara beberapa negara termasuk China, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam. Foto AFP
HUBUNGAN diplomatik dan ekonomi antara Kuala Lumpur dan Beijing lazimnya teguh, tetapi konflik tuntutan bertindih Malaysia-China berkenaan hak milik Terumbu Luconia di Kepulauan Spratly bakal menghakis kekukuhan sebuah jalinan yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak sejak tahun 1974 lagi.
Pada tanggal 7 September, tular di laman X imejan dan video sebuah kapal perang tentera laut Republik China yang dikatakan menceroboh perairan zon ekonomi eksklusif (ZEE) Malaysia, berhampiran pelantar minyak Velesto Naga 4.