Internet selamat: Kerajaan kenal pasti langkah lebih mampan
Iklan
Fahmi
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan mengenalpasti langkah yang lebih mampan untuk memastikan internet di negara ini lebih selamat terutamanya kepada kanak-kanak dan keluarga.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan dalam talian.
Iklan
Iklan
"Saya telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meneruskan sesi libat urus yang telah diadakan selama enam bulan kebelakangan ini dengan mengambil kira lebih banyak pandangan pakar keselamatan siber, komuniti pembangunan teknologi dan pengaturcara.
"Mengambil kira jenayah yang semakin berhijrah ke dunia siber, bukan hanya dalam media sosial, tetapi juga dalam apa kita kenali sebagai world wide web (WWW)" katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian mengulas mengenai langkah alternatif yang diambil kerajaan susulan arahan untuk mewajibkan semua penyedia perkhidmatan Internet (ISP) melakukan penghalaan semula Sistem Nama Domain (DNS), dihentikan.
Sementara itu, pada perkembangan berkaitan, Fahmi kerajaan meneliti pelbagai usaha serupa yang diambil negara lain bagi menangani isu keselamatan dalam talian khususnya membabitkan media sosial.
Iklan
Ia termasuk berkaitan isu penetapan had usia untuk memiliki akaun media sosial seperti yang akan dilaksanakan di Australia.
"Bukan hanya Australia, tetapi usaha negara-negara lain juga dalam mengatasi masalah yang sedang berlaku dalam media sosial mengikut konteks negara masing-masing," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>