HONOR baru sahaja melancarkan iklan yang mungkin membuat Apple sedikit panas. Dalam video terbarunya, HONOR dengan penuh gaya menyindir pengguna Apple. Bayangkan sekumpulan orang sedang beratur di hadapan kedai Apple yang terkenal di TRX, bersedia untuk mendapatkan iPhone terbaru.
Namun, tiba-tiba mereka terpesona dengan kecanggihan dan reka bentuk Magic V3 yang boleh dilipat. Dalam plot twist yang mengejutkan, mereka semua memutuskan untuk ‘berpaling tadah’ dan memilih Magic V3.
Netizen, sudah tentu cepat menularkan topik ini. Ada yang berkata,"Apple terlalu mahal, lebih baik beli telefon lipat,” dan ada juga yang memuji HONOR kerana berani membuat serangan langsung dengan komen seperti"serangan ini sangat kuat!” Nampaknya HONOR tahu betul bagaimana nak mencuri perhatian ramai.
Nikmati iklan terbaharu HONOR yang penuh confident ini.
Apple ‘biasa-biasa’ sahaja - Kenyataan yang cukup berani
Tak cukup dengan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO )HONOR, George Zhao dalam satu temu bual baru-baru ini, menyentuh tentang persaingan AI antara syarikat gergasi telefon pintar.
Beliau menegaskan bahawa walaupun Apple terlibat dalam perlumbaan AI, namun ‘perkakasan mereka biasa-biasa sahaja’. Wowww, satu kenyataan berani dari HONOR! Zhao jelas percaya bahawa masa depan telefon pintar terletak pada teknologi boleh lipat bukan hanya penambahan kecil yang ditawarkan oleh Apple.