Empat lelaki Myanmar ditahan masuk Malaysia ikut laluan haram
Iklan
PGA7 menahan empat lelaki warganegara Myanmar disyaki menyeludup masuk dari negara jiran menerusi sebuah pangkalan haram di Rantau Panjang, Pasir Mas, pada Ahad. Foto PGA7
KOTA BHARU - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) menahan empat lelaki warganegara Myanmar disyaki menyeludup masuk dari negara jiran menerusi sebuah pangkalan haram di Rantau Panjang, Pasir Mas, semalam.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kesemuanya yang berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun ditahan pada 6 pagi selepas dilihat mencurigakan oleh anggota PGA yang melakukan rondaan Op Taring Wawasan.
Iklan
Iklan
"Kesemuanya yang ditahan kerana menyeludup masuk ke negara ini melalui laluan tidak sah telah diserahkan kepada Balai Polis Rantau Panjang untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan.
Dalam kes lain, Nik Ros Azhan berkata, PGA9 berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minyak petrol yang dikesan di kawasan Pengkalan Kubor, Tumpat.
Iklan
Beliau berkata, dalam kejadian 9 pagi semalam itu, seorang lelaki tempatan yang memandu kereta dalam keadaan mencurigakan di Pengkalan Kubor telah ditahan dan pemeriksaan menemukan beberapa tong berisi 400 liter minyak petrol disumbat di bahagian belakang tempat duduk penumpang.
"Tangki kereta itu juga didapati telah diubah suai bagi mengisi minyak berlebihan dan lelaki itu turut mengaku menjadi penghantar untuk menyeludup bahan api itu ke negara jiran," katanya.
Iklan
Nik Ros Azhan berkata, keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM12,781 dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>