Batal tiket ke dan dari China dengan bayaran balik penuh
Iklan
Malaysia Airlines
KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines hari ini mengumumkan ia akan membenarkan pembatalan tiket dengan bayaran balik penuh selain perubahan ke atas tiket secara percuma bagi penerbangan ke dan dari China.
Langkah tersebut diambil selepas Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak mengenakan sekatan masuk sementara ke atas warganegara China dan warga asing yang telah mengembara ke China dalam tempoh 14 hari terakhir berkuat kuasa semalam.
Iklan
Iklan
Mereka yang mempunyai Pas Bekerja, Pas Pelajar dan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang akan dibenarkan masuk dan tertakluk kepada kuarantin wajib sendiri di rumah selama 14 hari untuk mengurangkan penyebaran wabak koronavirus di negeri itu.
Syarikat penerbangan itu berkata, penumpang memegang tiket yang dikeluarkan pada atau sebelum 28 Januari untuk perjalanan bagi tempoh dari 28 Januari hingga 29 Februari ke dan dari Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Xiamen akan dibenarkan untuk pembatalan dengan bayaran balik penuh.
Iklan
Mereka juga boleh membuat perubahan sekali sahaja bagi tiket penerbangan dengan pengecualian fi perubahan dan pembatalan, menurut Malaysia Airlines dalam kenyataan hari ini.
Syarikat penerbangan tersebut berkata, tawaran berkenaan terpakai bagi tiket belum digunakan sepenuhnya dan tiket yang telah digunakan sebahagiannya.
Iklan
"Selain itu perjalanan yang disemak semula atau alternatif mesti pada atau sebelum 31 Mei 2020 dan tertakluk kepada ketersediaan penerbangan.
"Kakitangan Malaysia Airlines akan mengedarkan borang di kawasan menunggu sebelum berlepas kepada penumpang yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu; Kota Kinabalu-Kuching; dan Singapura-Kuching,” menurut Malaysia Airlines. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>